Tuesday, May 6, 2014

SUAMI MITHALI: Tip 8 - Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat



TIP 8 :  Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.

Sifat sebegini merupakan amalan yang sering saya amalkan. Saya tidak  akan membawa segala masalah di pejabat ke rumah. Bila sampai di rumah saya lebih fokas kepada tugas untuk memberi kebahagian kepada isteri, anak-anak dan keluarga. Sifat sebeigini membolehkan kita mewujudkan suasana bersemangat untuk menjalankan tugas-tugas membantu isteri dalam menyelesaikan urusan rumah kita.

Sebagai contoh apabila pulang dari pejabat, pada hari-hari tertentu saya  akan membawa pulang lauk pauk sayur dan sebagainya untuk dimasak bagi makanan sekeluarga. Walaupun waktu itu saya pulang dari pejabat lebih kurangan jam 6 petang, saya sempat lagi membuat kerja-kerja dapur seperti membersih ikan, sayur dan juga memasak nasi dan lauk pauk untuk makan malam. Selepas semua kerja selesai barulah  saya menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.

Keikhlasan yang saya amalkan menyebabkan Allah menganugerahkan kesihatan kepada saya dalam menyempurnankan tugasan untuk mengurus rumah tangga dan juga tugas sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta.Lebih-lebih sejak hampir 15 tahun setelah isteri lumpuh saya jadikan tugas I ini sebagai tugas runtin setiap hari.

Saya juga pernah ditanya oleh rakan sepejabat, bagaimana saya dapat lakukan kerja di pejabat dan bila pulang ke rumah dapat lakukan kerja-kerja rumah, satu sahaja petuanya, iaitu kita mesti menanam sikap bahawa segala tugas yang kita lakukan sebagai suami adalah satu amanah Allah yang perlu dipikul. Jika dilakukan dengan penuh tanggung jawab dan keikhlasan Allah akan memberi ganjaran pahala yang tidak terhingga di akhirat kelak. Pemikiran sebegini boleh menjadikan kita tidak terasa penat apabila melakukan kerja-kerja rumah sebaik sahaja balik dari pejabat.  Secara psikologinya jika kita menetapkan dalam fikiran  bahawa sesuatu tugas itu adalah wajib dilakukan oleh suami dan juga akan mendapat ganjaran pahala Allah di akhirat kelak. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi  motivasi dalam Islam supaya memperbanyakkan melakukan kerja-kerja amal jariah dalam bentuk membantu orang lain, dalam ini saya anggap tugasan kerja rumah yang lakukan kerana isteri saki lumpuh merupakan salah satu kerja tambahan saya sebgai sedekah kepada isteri saya yang sedang uzur. Mudah-mudahan Allah akan terima sebagai salah satu amalan tambahan dan di beri ganjanran pahala selain daripada amalan-amalan wajib yang lain. Saya juga mengharapkan kerja-kerja seumpama ini akan menjadi pahal tambahan kepada saya di Padang Mahsyar di akhirat kelak semasa Mahkamah Pengadilan Allah SWT dijalankan. Sekiranya segala malan wajib saya tidak mencukupi berat pahala untuk mengimbangi dengan dosa-dosa saya, semoga kerja bakti inilah yang akan menjadi pahala penyelamat kepada saya untuk meringankan berat timbang dosa dan menambah berat timbangan pahala. Mungkin tugasan secara ikhlas ini sebagai penyelamat saya daipada azab nerakan dan dapat bersama-sama orang-orang mukmin yang dimasukkan ke dalam syurga. InsyaAllah.

Sikap sebegini akan mendatangkan keseronokan dalam melakukan kerja rumah. Kita boleh lakukan dengan baik tanpa rasa letih dan jemu kerana set minda kita telah dapat memberi kekuatan kepada keadaan fizikal badan kita. Komitmen yang begitu tinggi untuk mepastikan segala tanggungjawab seorang suami kepada isteri dan keluarga akan dapat menghilangkan perasaan letih dan malas untuk melakukan kerja di rumah selepas pulang dari tempat kerja di pejabat.

0 comments:

Powered by Blogger.