Tip 17 : Memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan suami dan keperluan
keluarga.
Memberi nafkah kepada isteri samada nafkah zahir dan nafkah batin
adalah menjadi tanggung jawab suami. Islam telah mengariskan suami mestilah memberi nafkah batin
seperti kasih sayang dan hubungan
sek dan nafkah zahir sperti wang, pakaian, makan minum, kenderaan dan tempat
tinggal secukupnya berdasarkan kemampuan suami.
Saranan ini telah diamalkan oleh saya semenjak mula-mula saya
mendapat kerja dahulu lagi. Apa yang dilakukan oleh saya dimana pada
setiap bulan saya telah sediakan bajet
untuk nafakah isteri dan keluarga serta juga
untuk membantu ibubapa saya..
Ppada setiap bulan saya akaniberikan kepada si isteri RM100.00 dan
untuk ibu dan bapanya juga RM100.00 dimana hampir 10% untuk nafakah isteri dan
10% untuk ibu dan bapanya, pada masa itu
pendapatan saya sebanyak RM1,000.00. sebulan. Setiap bulan saya akan memberi amanah
kepada isterinya untuk menyimpan sebahagian duit perbelanjaan keluarga kami
untuk tempoh sebulan. Bila diperlukan saya
akan meminta daipada isteri sejumlah
wang belanja mingguan. Anda mahu tahu apkah rasionalnya saya melakukan kaedah
ini, Sebenarnya rasional saya amalkan kaedah ini kererana ia dapat memberikan
isteri satu tanggung jawab menjaga
kewangan keluarga (menteri kewangan keluarga) lebih-lenbih lagi isteri saya
adalah surirumah sepenuh masa. Situasi sebegini memberi kesedaran kepada isteri
perlunya berjimat cermat dalam berbelanja dan perlu berbelanja mengikut
kemampuan si suami.
Cara ini telah dapat meberi keyakinan kepada isterisya bahawa
suaminta adalah seorang yang begitu yakin dan sayang kepada isterinya
sehinggakan duit belanja setiap bulan isterinya yang menyimpan. Lagipun katanya
saya lakukan sedemikan rupa setelah pada bulan pertama saya memberi amanah
kepada isteri menjaga kewangan keluarga didapai isteri saya seorang yang cukup
amanah dalam menyimpan akaun perbelanjaan keluarga.
Disamping itu saya melakukan taktik sebegini adalah untuk menjalinkan hubungan
mesra diantara isterinya dengan ibu mertua dan bapa mertua ( iaitu ibu dan bapa
sisuami) pada setiap bulan wang yang akan diberikan untuk menampung
perbelanjaan kedua ibu bapa si suami , saya memberi amanah kepada isterinya
untuk menyampaikan wang berkenaan setiap bulan. Cara ini katanya akan timbul
perasaan kasih sayang sayantara isterinya dengan kedua ibu dan bapa si
suami.Kerana di kaca mata ibu dan bapa si suami akan wujud satu tanggapan
positif yang menantunya adalah seorang yang yang amat penyanyang dan ambil
berat tentang orang tua mereka. Katanya lagi petua ini menjadikan hubungan
kekeluagraan di antara isterinya dan ibu bapa si suami sentiasa dalam keadaan amat baik sehingga ke hari ini.
Sekali sekala apabila mempunyai wang lebih sedikit, si suami pula
akan memaklumkan kepada isterinya yang ia akan memberi sedikit wang kepada ibu
bapa isterinya, dan si suami sendiri akan menghulurkan wang berkenan kepada
mertua mereka. Tindakan ini dilakukan oleh si suami adalah untuk memberi
keyakinan kepada mertuanya bahawa menantu lelakinya adalah seorang yang baik
hati dan pemurah bilamana mempunyai lebihan kewangan akan diberi kepada mereka
berdua. Amalan ini telah menjadikan ikatan kemesraan keluarga di kedua-dua
belah pihak suami dan isteri dapat dikekalkan dalam keadaan aman damai dan
sentiasa mesra dan ceria saban masa.
0 comments:
Post a Comment