Wednesday, May 7, 2014

SUAMI MITHALI : Tip 11 - Hiburkan isteri dengan gurauan yang mesra, bercerita, atau buat lawak sekali sekala......



Tip 11 :  Hiburkan  isteri  dengan gurauan yang mesra, bercerita,  atau buat lawak sekali sekala.

Bagi saya tip ini merupakan amalan yang telah dipratikkan  semenjak mula berkahwin sehingga kini. Tindakan ini di ibaratkan sebagi usaha untuk recaj hubungan mesra dan kasih sayang kami berdua. Biasanya saya akan lakukan perkara ini setiap malam sebelum kami tidur,  saya akan bercerita sesuatu persitiwa lalu untuk memberi suasana ceria kepada isteri, kadang kala saya memuji kecantikan isteri dan selepas itu akan di ikuti dengan pelukkan mesra. Tindakan ini akan menyebabkan isteri  menjadi bertambah manja dan selalu mengasihi  suami. Sekali sekal pernah di buat  lawak sperti cerita-cerita jenaka semasa kecil dahulu,  untuk  melahirkan perasan jenaka kepada isteri.

Disamping itu, perbuatan  memeluk isteri sering dilakukan kerana saya pernah terbaca satu artikel perubatan mengatakan jika kita memeluk isteri dengan penuh semangat kasih sayang akan menyebakan badan  kita megerluarkan hormone yang boleh menguatkan imun tubuh seseorang. Ia boleh menghindar dari dijangkiti oleh penyakit. Satu pelukan akan menyebabkan tambah panjang umur 5 minit dengan izin Allah.Jadi tidak hiranlah jika pasangan suami isteri yang kehidupan seharian ibarat belangkas, mereka biasanya panjang umur dan kelihatan wajah lebih muda dari usia sebenar. wallahualam.

Dalam ajaran agama Islam, gurau senda suami dan isteri adalah  amat digalakkan, ianya satu sunnah, Rasulullah SAW pernah bemain lumba lari bersama isteri baginda  Siti Asiyah. R.A. Baginda juga berkomunikasi dengan isterinya menggunakan perkataan yang baik-baik  dan memuji kecantikan isteri yang dikurniakan oleh Allah adalah satu kebiasaan.

Kajian pakar sains sosial mendapati jika kita tidur dengan suasana keriangan dan penuh emosi cinta suami isteri, akan menjadikan tidur kita itu penuh ketenangan dan keceriaan, dikatakan sebagai “tidur berkualiti”. Sausana ceria semasa mula hendak tidur di ikuti dengan bacaan Basmillah, ayat-ayat Al Quran dan disertai dengan doa tidur sebagaimana di ajar oleh nabi kita Muhammad SAW. InsyaAllah tidur kita akan menjadi satu tidur yang berkualiti, bila kita bangun ke esok pagi akan merasai satu kesegaran badan yang tidak terhingga.

Oleh itu hubungan intim di antara sumai dan isteri perlu di pupuk sentiasa bagi membangkitkan hubungan kasih sayang dan cinta asmara yang membara pada setiap masa. Ia ibarat pokok bunga yang dijaga dengan rapi oleh tuannya, setiap hari di sirami dengan air secukupnya, dibajai dengan baja yang sesuai mengikut keperluan pembesaran pokok bunga, bila semua keperluan asas pokok bunga di sediakan secukupnya, sudah pasti bunga yang akan dikeluarkan  adalah bunga yang bekembang mekar, berbau wangi yang dapat megharumi persekitaran dan memberi kesegaran kepada tuan punnya. Begitulah juga dengan perasaan cinta dan kasih sayang, yang perlu kepada belaian dan bajaan emosi yang menyeronokan dan meyakinkan diantara si suami dan isteri. Bila situasi sebegini dapat di wujudakan dalam perhubungan rumah tangga ianya akan melahirkan kebahagian dan kecintaan diantara suami dan isteri, seterusnya dapat di nikmati oleh anak-anak bila hubungan harmoni dan cinta kasih sayang ibu dan bapa begitu kuat, maka anak-anak akan mendapat kesan suasana yang ceria dan bahagia di dalam sebuah keluarga. Ia sebagai pendorong bagi mebuahkan satu keluarga yang bahagia yang menjadi matlamat oleh semua pasangan yang berkahwin. InsyaAllah.

0 comments:

Powered by Blogger.