Thursday, May 8, 2014

SUAMI MITHALI : Tip 18 - Sentiasa menjadi penawar hati kepada isteri



Tip 18  : Sentiasa menjadi penawar hati kepada isteri.

Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

Amalan mengambil berat tetang keperluan dan kemahun isteri adalah salah satu punca kebahagian rumah tangga kami, saya memang sentiasa perihatin terhadap emosi isteri bagi mempastikan isteri sentiasa mempunyai perasaan ceria dan gembira berada disamping diri sebagai suami yang bertanggung jawab.  Bagi saya isteri adalah salah satu insan yang amat penting kerana ianya merupkan “Queen” yang akan melahirkan zuriat kami yang akan menjadi hamba Allah dan mukmin dan mukminah yang bersama-sama membantu perjuangan Islam yang dibawa oleh junjungan Rasullah SAW. Semoga kami sekeluarga di beri hidayah oleh Allah untuk memasuki syurgaNya di akhirat kelak. InsyaAllah.

Keperihatian terhadap emosi isteri amat perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, lebih-lebih lagi semasa isteri sedang hamil.  Pada awal perkahwinan kami pernah berlaku situasi dimana isteri yang  sedang mengandung anak sulung (tahun 1981) Atas kehendak isteri yang mengidam ingin makan buah salak, saya terpaksa mengambil cuti untuk ke Gua Musang, Kelantan, semata-mata ingin mencari buah salak yang diidamkan itu. Pada masa itu sistem perhubungan jalanraya tidak begitu baik dari Kota Bharu ke Gua Musang. Perjalanan mengambil masa hampir satu hari dan juga terpaksa menaiki keretapi dari Kuala Krai ke Gua Musang setelah berkereta selama lebih satu jam dari Kota Bharu ke Kuala Krai.

Pada masa-masa tertentu, saya kadang kala terpaksa memujuk isteri yang merajuk dek kerana saya tersalah cakap dengan nada yang agak kasar dan suara agak nyaring bagi mengantakan sesuatu isu. Mengikut amalan yang biasa dilakukan oleh saya apabila isteri menangis dan merajuk setelah berlaku perselisihan faham, saya akan memeluk erat isteri untuk satu ketika (beberapa minit) sambil melafazkan perkataan “abang minta maaf sayang” berkali-kali denga nada suara yang manja, sehinggalah isterinya berhenti menangis, dan diikuti dengan  ‘body languange’ (Bahasa badan) yang memberi isyarat saya telah memafkan suaminya. Kebiasanya isteri akan memeluk erat kepada si suami dan seterusnya disertakan dengan ciuman manja.  Adengan sebegini biasanya berlaku di atas katil, kerana telah menjadi amalan isterinya bila ia marah, ia akan menyediri di dalam bilik dan tidur berselimut di atas katil.

Pada masa-masa tertentu, ada juga dimana kes berselisih faham diantara kami agak memuncak, saya akan mengambil masa yang agak lama untuk menstabilkan kembali emosi isteri. Pernah pada satu ketika situasi peluk-memeluk untuk mengawal emosi isterinnya mengambil masa lebih setengah jam, kadang kala kami tertidur dalam suasana agak emosinal. Bila keadaan reda dan dalam kawalan, saya akan meluahkan semula perasan rasa bersalah saya kepada  isteri, dan isteri akan memberi isyarat yang dia telah memberi kemaafan. 

Amalan mengambil berat terhadap emosi dan perasaan isteri ini merupakan “ kunci emas” sebagai strategi suami untuk mengekalkan keutuhan kasih sayang dan kebahagian rumah tangga kami. Dalam hal ini suami perlu mempunyai ilmu untuk memikat emosi isteri, dan juga perlu ada sifat sabar yang tinggi,  sebagaimana sabda Rasulallah SAW yang bermaksud,  jika mahu membentuk wanita hendaklah berhikmah dan dengan cara lemah lembut, kerana wanita sebagai tulang rusuk yang bengkok, jika diperbetul dengan kuat atau keras ianya akan patah.

Jika kita mahu menjadi suami yang benar-benar bertanggung jawab, kita sebagai suami perlulah menjaga hati  isteri, kerana emosi isteri jika tidak di jaga ia akan memberi kesan kepada pendidikan, pembelajaran dan pembesaran anak-anak kita. Ibu yang emosi tidak stabil jika disebabkan oleh sikap suami yang panas barang, suka marah-marah tanpa usul periksa, boleh memberi kesan kepada kasih sayang isteri kepada anak-anak kita. Ibu yang terganggu eosi akan melepaskan geram marahnya kepada anak-anak. Jika perbuatan sebegini berterusan ia akan menggangu pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak.

0 comments:

Powered by Blogger.