Tip 12 : Amalkan makan bersama isteri dan keluarga
setiap hari.
Berbual mesra dan
nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayah Allah dan mengeratkan
hubungan salitulrahim di kalangan keluarga. Elakkan berbual perkara yang
melalaikan atau perkara yang boleh mengakibatkan isteri terasa tersinggung
semasa makan. Jangn sekali-kali marah kepada isteri atau anak-anak semasa
makan.
Saya telah amalkan makan
bersama isteri dan keluarga semenjak mula kahwin sehingga sekarang ( lebih 34
tahun). Kecuali jika saya tidak sempat
balik makan dirumah kerana ada urusan luar.
Amalah sebegini dapat mengeratkan
perhubungan suami isteri dan keluarga. Disamping itu makan bersama akan
menjimatkan makanan terutama lauk-pauk kerana dengan makan bersama setiap orang
dalam ahli keluarga dapat merasa semua menu makanan , jika ianya banyak ,
setiap orang boleh makan lebih, sebaliknya jikak menu sedikit, masing-masing dapat
makan sedikit untuk merasai kenikmatan menu tersebut.
Semasa makan bersama ini
juga dapat terapkan budaya makan yang betul sebagaimana di ajar oleh budaya
orang Melayu yang di amalkan oleh datuk nenek moyang kita, dan juga dapat
menerapkan cara makan yang di ajar oleh sunnah Rasulallah SAW. Sebagai contoh,
ibu bapa boleh memberi teguran kepada anak-akan jika didapati mereka makan
secara gelojoh, suka mendahuli menu yang sedap walaupun letaknya agak jauh dari
tempat duduknya. Kerana Islam mengajar kita makan secara bersopan, dahulukan
menu yang berada dihadapan kita, tidak kira sama ada ianya kita suka atau
tidak, kemudian barulah diikuti mengambil menu-menu lain yang agak jauh dari
pinggan kita.
Amalan makan bersama ini
juga dapat mengeratkan salitulrahim di kalangan ahli keluarga, situasi masa
makan bersama ini akan membolehkan saling bantu membantu diantara satu sama
lain, terutamnya semasa mengaggihkan lauk pauk yang di hidangkan. Makanan yang
berdekatan dengan kita boleh di beri kepada orang lain yang duduk agak jauh,
begitulah sebaliknya kita dapat pertolongan orang lain untuk mendapatkan
makanan yang jauh dengan tempat duduk kita.
0 comments:
Post a Comment