Friday, May 9, 2014

SUAMI MITHALI ; Tip 21 - Cuba bentuk sifat cemburu yang positif. ( Realiti kehidupan - pengalaman menjaga isteri lumpuh hampir 15 tahun)



Tip 21 :  Cuba bentuk sifat cemburu yang positif.

“Cemburu tanda sayang dan mencintai.  Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu, dia  rasa dihargai.” Suami yang tidak cemburu adalah dayus.

 Memang saya mempunyi sifat cemburu, namun sifat cemburu adalah terkawal, bukanya cemburu buta lagipun situasi untuk berlaku cemburu terhadap isteri saya agak tipis sekali, kerana isteri saya adalah seorang suri rumah sepenuh masa, seharian masanya lebih banyak tinggal di rumah untuk mengurus kerja-kerja rutin rumah bersama keluarga. Kini isteri saya tergolong katogari "OKU" yang perlu diberi pertolongan saban masa.
Sebaliknya,saya sendiri sentiasa berwaspada untuk mengelakkan isteri merasai cemburu terhdap saya.  Sifat kerja saya di pejabat yang ramai anggota kerja wanita, saya terpaksa berhati-hanti dan cermat dalam berkomunikasi di pejabat.  Sekali sekala  bila perlu kepada kerja lebih masa bagi menyiapkan satu-satu tugas penting dan perlu disegerakan. Saya akan pastikan tidak ada ruang untuk difitnah kerana beruda-duaan  lelaki dan wanita di luar waktu pejabat  yang boleh mendatangkan syak berlakunya khlawat.  Saya akan bertindak secara proaktif umpamanya   saya akan pastikan lebih 2 orang bekerja lebih masa di luar waktu pejabat.

Petua saya menjadikan saya seorang yang cemburu secara  positif ialah dengan meletakkan diri kita dalam situasi orang yang cemburui. Apabila kita meletakan diri kita dalam keadaan perasaan orang lain kita akan dapat rasakan betapa peritnya seseorang yang menanggung perasaan cemburu terhadap pasangan yang disayanginya. Setelah kita dapat menyelami perasaan mereka, maka kita cuba mencari jalan untuk mengelakkan timbul perasaan cemburu itu. Dengan mengamalkan keadah 'meletakkan diri kita dalam kasut orang lain' ini kita dapat mencari alternatif untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku. “Mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya”.

Sebagai contoh, Cemburu seseorang isteri terhadap suaminya ialah kerana ia mendapati suaminya mempunyai hubungan rapat dengan wanita lain diluar ruanglingkup keluarga mereka, umpamanya hubungan dengan rakan sekerja, hubungan ketua  dengan pembantu peribadi, atau hubungan dengan wanita melauli laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.

Bagi mengelak berlaku situasi yang disyaki oleh orang lain yang kita si suami mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, saya akan pastikan apabila berkereta keseorangan ke sesuatu tempat kerja, apabila terjumpa wanita yang di kenali sedang berjalan di tepi jalan raya, saya tidak akan mengambilnya untuk di tumpangi, kerana jika rakan wantia yang tersempak itu diambil menaiki kereta, semasa berduaan dalam kereta yang dipandu oleh saya, ditakdirkan di lihat oleh isteri, sudah tentu ia akan merasai cemburu. Oleh itu saya sentiasa memberitahu rakan wanita yang saya tidak akan mengambil mereka bila ketemui dia sedang berjalan untuk menaiki kereta yang saya pandu, Tindakan ini adalah untuk mengelak daripada di fitnah yang saya ada affair dengan wanita lain.

Kesimpulannya untuk mengelak berlaku cemburu yang keterlaluan diantara suami dan isteri, tindakan yang paling efektif adalah masing-masing memainkan peranan untuk menjauhi tindak tanduk yang membolehkan timbul perasaan cemburu. Sebagaimana kata pepatah Melayu “Mencegah adalah lebih baik dari mengubati”.  Dalam Islam juga ada mengajar umatnya supaya “ Jangan menghampiri zina”

Dalam kes cemburu ini peranan suami adalah amat penting, sebagai ketua keluarga yang berkuasa dan mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap isteri. Untuk megelakkan perasaan cemburu yang boleh membawa keruntuhan rumah tangga adalah terletak pada sikap suami yang mempunyai keterbukaan terhadap sesuatu isu cemburu. Lebih mujarab lagi jika suami mengambil langkahan proaktif dengan sentiasa berwaspada terhadap gerak gerinya setiap hari bagi mempastikan ianya berjalan berpandukan ajaran  syariah Islam dan sunnah, dan yang paling penting ialah mempastikan tidakan pergaulannya di luar rumah tangga hendaklah cuba elakkan situasi yang boleh menimbulkan perasaan cemburu oleh isteri dan anak-anak serta kerabat keluarga.

Jika suami telah menjadi teladan yang tingkah lakunya dalam kehidupan seharian dujauhi daripada suasana yang boleh membuatkan isteri cemburu, InsyaAllah isteri akan menjaga dirinya daripada terlibat dengan perbuatan yang boleh mendatangkan cemburu oleh suami. Pergaulan isteri mestilah dibatasi mengikut ketetapan syariah pada setiap masa. bila suami dan isteri sama-sama menjaga pergaulan seharian daripada fitnah dan syak berlakunya perbuatan sumbang, maka kerukunan rumah tangga dapat di kekalkan dan kebahagian akan berkekalan. insyaAllah.

0 comments:

Powered by Blogger.