“Apabila berjauhan,
telefon atau SMS bagi mengingatkan solat. Wasiatkan isteri untuk solat fardu
dan sunat.”Solat adalah amal ibadat yang pertama diadili di padang mahsyar ,
jika sempurna solat kita, maka amalan lain akan mendapat ganjarannya. Tetapi
jika solat kita ditolak, bermakna kita akan menghadapi keadaan yang sukar…………
Tip ini sememangnya
menjadi amalan saya sepanjang hayat, kita selaku suami dan ketua keluarga adalah
diberi amanah untuk mendidik isteri dan ahli keluraga supaya menjadi manusia
yang soleh dan solehah, Itulah yang di ajar oleh Islam yang ditunjukkan oleh
Rasullah S.A.W. Sebagai suami saya merasa
amat takut bila di akhirat nanti saya tidak dapat disegerakan hisab di depan
Allah kerana tidak mempastikan semua keluarga di bawah pimpinan dan jagaan saya mendirikan solat, atau solat tidak sempurna.
Oleh itu saya akan cuba
mepastikan isteri akan mengerjakan solat pada setiap waktu. Untuk itu saya
mebiasakan diri mengerjakan solat
berjemaah bersama isteri di rumah, terutamanya pada masa kami masih baru
mendirikan rumah tangga dahulu dan masa
itu kami belum lagi dikurniakan anak. Setelah dikurniakan anak sehingga memperolehi 7 orang zuriat, telah menjadi
kelaziman dalam keluarga kami menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam. Bagi
suami sedaya upaya solatnya akan ditunaikan di masjid. Manakala si isteri akan
menunaikan solat di rumah. Bagi anak-anak kami pula menjadi pilihan masing-masing
sama ada solat di rumah atau di masjid.
Setelah isteri sakit
semenjak 14 tahun lepas, saya terpaksa membantu isteri untuk mengambil wudud dan
memakai telekong solat. Biasanya selepas saya telah selesai menunaikan solat
berjemaah di masjid. Bila kawan-kawan menayakan soalan bagai mana saya selaku
suami dapat membahagi masa untuk mengambil wudud isteri setiap hari dan
tidakkah ianya terasa penat melakukannya sejak 14 tahun lepas. Saya menerangkan kepada mereka bahawa petua
yang paling utama untuk melakukan sesuatu tugas tanpa rasa penat dan jemu ialah
dengan memasang niat yang ikhlas dan menaggap segala tugas itu adalah satu
kewajipan yang mesti dilakukan oleh suami apabila isterinya mengalami kesakitan
dan sukar untuk melakukan sendiri.
Bagi saya itu tugas yang
wajib saya sendiri selsaikan. Jika anak-anak atau saudara mara lain mahu tolong
ianya merupkan satu tugas sampingan mereka. Bukan tugas utama. Dengan memasang
niat sedemikan serta dengan izin Allah saya mampu menyempurnakan tugas rutin
setiap hari untuk mengambil wudud isterinya untuk solat setiap waktu. Bagi
menambahkan lagi dorongan untu melakukan tugas rutin berkenaan dengan lebih
bersemangat, saya telah meletakan harapan yang tinggi kepada Allah swt yang tugasan membantu isteri sakit dalam
mengerjakan amal ibidat itu, akan dicatat sebagai salah satu kerja amal soleh
yang akan diberi ganjaran pahala di akhirat kelak.
Bagi saya ganjaran
pahala yang dijanjikan olerh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kebajikan
dan amal soleh itu dengan nilai syurga yang tidak ada tolak bandingnya dengan
nilai kekayaan dan kesenangan di dunia
ini. Ini mendoring diri saya untuk melakukan dengan cara yang terbaik,
semoga ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di akhirat kelak juga adalah yang
terbaik. Saya juga memasang harap supaya kerja yang dilakukan ini akan menjadi
penambahan pahala jika timbagan dosa saya melebihi timbangan pahala, Ya Allah jauhkan
diriku dari situasi sebegini.
Sekali sekala saya
selaku bapa yang menjadi ketua keluarga yang diberi amanah untuk mendidik dan mempasitkan semua keluarga yang baligh, sempurna akal akan diberi SMS
sebagai peringatan bahaw solat adalah wajib dan perlu disempurnakan pada waktu
yang ditetapkan. Saya sering kali menghantar SMS kepada semua anak-anak melalui
media sms. Isi SMS yang biasa dihantar :
“ Salam, anak-anak yang dady n mama sayangi, solat adalah tiang agama,
tunaikanlah pada waktunya semoga kita semua akan mendapat ganjara syurga Allah
di ahikrat nanti” .” solat adalah kewajipan yang perlu dilakukan pada awal
waktu”.
Selain solat , ibadah
lain yang diberaktan oleh saya kepada keluraga ialah menutup aurat, saya selalu
mengiganti kepada isteri, anak-anak bahawa kewajipan menutup aurat adalah
perkara utama dalam kehidupan seharian. Bila saya menasihati keluraga tentang
keperluan menutup aurat dikatakan bahawa jika kita tidak menutup aurat,
bermakna kita hidup seharian dalam kemurkaan Allah, bila Allah murka kita bukan
sahaja dicatat oleh malikat dengan dosa, tetapi kehidupan kita sehiran juga
tidak mendapat keredaan dan keberkatan Allah. Jadi sebagai satu analog yang
mudah, jika kita benci atau tidak suka seseorang yang datang ke rumah kita
adakah kita layan dia dengan baik atau layan dengan ala kadar sahaja. Sebaliknya
jika orang yang berkunjung ke rumah kita itu adalah orang yang kita muliakan dan
hormati, atau kita sangat-sangat kasihi, sudah tentu kita akan memberi layanan
yang paling istimewa untuk
memberi keselesaan dan kesukaan kepada tamu kita itu. Cuba - cuba kita renungkan.
Satu lagi ajaran agama
yang diberi penekanan oleh saya kepada keluraga, Saya juga memberi penekanan
aspek menjaga amanah, kita mesti sentiasa ikhlas dan tidak menipu. Bercakap
benar dalam kehidupan seharian dan pergaulan dengan masyarakat. Bila
sifat-sifat baik ini telah menjadi pakaian dalam pembetukan imej peribadi kita
dalam kehidupan bermasyarakat, maka kita akan dikenali sebagai seorang yang
mempunyai hati budi yang baik dan mulia.
Satu lagi perkara yang
diberi penekan ialah sentiasa menjaga penampilan periabadi dan menjaga maruah
dalam pergaulan dengan masyarakta. Mesti berkelakuan baik dan dihormati oleh
masyarkat.
Sentiasa memberi bantuan
kepada orang yang memerlukan bantuan sekadar kemampuan kita.
Selain itu amalan yang menjadi kebiasaan dalam keluarga saya
ialah membaca Al-Quran. Saya dan isteri telah membuat contoh kepada keluaga
untuk menjadikan kebiasaan bagi diri saya dan isteri membacara Al-Quran pada
setiap hari, sekurang-kurangnya satu muka hingga dua muka surat , jika pada hari cuti hujung minggu dan cuti am akan
diberi ruang masa untuk membaca Al-Quran satu jusuz . Kebiasannya dalam tempoh
setahun saya dan isterinya akan khatam Al-Quran dua hinga tiga kali.
Setengah orang memberi
alasan tidak begitu mahir untuk membaca Al Quran. Pada mulanya saya dan isteri
juga tidak begitu lancar membaca Al-Quran, untuk mengatasinya saya melantik guru
Quran datang mengajar isteri dan anak-anak tiga kali seminggu, program ini
mengambil masa dua tahun barulah isteri dan anak-anak mengenal dan boleh
membaca lebih lancar. Untuk memberi minat yang lebih mendalam kepada isteri
supaya mebaca Al-Quran saya telah membeli “Pen Read Quran” yang mampu membaca
Al-Quran melalui system touch and read, dan kita boleh mengikuti bacaan sambil
menyemak tajwid Al-Quran, dengan cara ini dari hari ke sehari pembacaan akan menjadi
bertambah lancar, apabila kita membaca Quran dengan lancar akan timbul
keseronokan dan ketenangan membaca Al-Quran. Sekrang ini saya dan isteri telah
menjadi satu tabiat jika tidak membaca akan
timbul perasaan tidak sempurna kehidupan hari berkenaan. Mukingkan ini
dikatakan hadayah dari Allah kepada hambaNya yang telah berusaha untuk
mengabdikan diri bagi mendapat keredaan Allah. Alhamdulillah kami panjatkan
jutaan kesyukuran kepada mu YA Allah Yang Maha Agung di atas kurniaan rahmatmu
kepada kami sekerluarga. Amin Ya Rabillalamin
0 comments:
Post a Comment