Tip 15 : Penampilann
diri yang kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria setiap masa.
Penampilan segak,
kemasa, bersih dan wangi merupakan satu
amalan yang telah menjadi sebagai satu budaya bagi saya. Mungkin saya mewarisi
sikap ayah yang merupakan seorang bekas Penyelia Imam di sebuah Mukim Masjid di
satu Daerah awal tahun 60an hingga 70an dahulu.
Penampilan kemas ini
lebih terserlah setelah saya dilantik sebagai Pegawai Tadbir Negeri (ADO) pada
tahun 1980. Amalan penampilan kemas dan bersih serta segak adalah satu etika
kerja yang perlu dipatuhi, lebih-lebih lagi semasa saya bertugas di daerah
sebagai ADO ianya juga dilantik sebagai Majestrit, dimana pada hujung minggu
atau di luar waktu pejabat, kadangkala Pegawai Polis berpangkat Inspektor akan
datang ke kediaman rasmi saya untuk
membuat tahanan reman bagi tertuduh yang melakukan kesalahan jenayah. Oleh itu saya
semestinya berada dalam keadaan bersiap sedia dengan pakaian yang
kemas dan rapi, bagi memperlihatkan reputasi sebagai pegawai awam yang
mempunyai intergriti.
Amalan ini telah menjadi
sebagai satu budaya dalam keluraga kami.. Isteri umpamanya walaupun ianya
seorang suri rumah sepenuh masa dengan tujuh orang anak, tetapi pakian seharian
sentiasa kemas,rapi dan bersih. Satu amalan yang saya amat menyanjungi tabiat
isteri saya ialah suka berhias untuk suami, pada waktu pagi setelah selesai solat
subuh dia akan mempastinya dirinya dalam
keadaan berhias sentiasa, terutamanya pada masa dia mengucapkan selamat jalan
kepada saya yang hendak ke pejabat. Amalan ini mebuat saya sentiasa ceria bila
hendak menigalkan rumah untuk kepejabat atau berurusan di luar rumah. Hati saya
sentiasa teringat tentang keanggunan isteri dan ia tersemat di naluri pada
setiap masa. Suasana sebegini dapat menghindar diri saya daripada menaruh
perasaan minat kepada perempuan lain diluar sana. Syaitan telah dapat
digagalkan dripada mempengaruhi saya untuk melakukan perkara maksiat apabila
saya menjalankan kerja luar ‘outstation’.
Satu peristiwa yang
masih menjadi ingatan saya sehingga ke
hari ini ialah pada tahun 1985 saya ditugas di sebuah daerah yang bersempadan
dengan negeri Thailand. Ketua Jabatan saya telah mengajak saya dan beberapa
orang pegawai lain untuk melakukan lawatan kerja ke salah satu Wilayah di
Selatan Thailand. Pada satu malam kami dibawa
untuk melawat ke pusat hiburan di sekitar bandar utama Wilayah bereknaan.
Semasa dipelawa supaya saya memilih wanita yang akan dijadikan teman setidur di
hotel, saya dapat mengawal nafsu syaitan yang bertopengkan mausia.
Alhamdulillah saya dapat menolaknya dengan satu sikap bahawa semua permpuan
yang ditunjukkan untuk dipilih oleh saya adalah tidak secantik isteri yang
dicintai dan disayangi yang berada di
rumah. Sehinggakan saya dikatakan sebagai seorang lelaki yang kurang
siauman kerana seramai wantia yang ditunjukkan telah tidak memberi sebarang
minat.
Kisah itu adalah satu
kisah detik hitam sepanjang lebih 16 tahun saya bertugas sebagai penjawat awam.
saya juga amat terkejut dengan perbuatan ketua jabatan saya yang kaki perempuan
itu, walaupun sudah mempunyai seorang isteri yang cantik di rumah. Bermula
dengan peristiwa hitam dan menjijikan
itu, saya mula kurang hormat kepada ketua yang mempunyai sikap buruk yang
bertentangan dengan syariat Islam. Namun begitu saya masih merahsiakan
peristiwa itu kepada pengetahun orang lain kerana berpegang kepada prinsip “
jika kita menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita”. Islam melarang
kita membuka rahsia dan keburukan orang lain.
Bahawa amalan untuk menjaga keterampilan diri ini telah menjadi
satu sikap pegangan oleh semua ahli keluarga saya. Kesemua tujuh orang anak sya
mempunyai tabiat dan sikap yang sama seperti ayahnya. Mereka akan sentiasa
berketrampilan kemas pada setiap masa apabila
keluar dari rumah, semaada untuk ke tempat kerja atau berjalan santai di waktu
petang dan sebagainya.
Sikap saya yang tidak
merokok telah menjadi ikutan anak-anak lelaki ssaya seramai lima orang itu. Malah
dua orang menantu saya yang merupakan perokok, apabila ia pulang bercuti di
rumah saya mereka tidak akan merokok di depan saya dan juga dalam rumah kami, sekirannya
mereka ingin merokok, mereka akan keluar dari kawasan rumah.Tabiat semua
keluarga saya yang membenci rokok telah menjamin rumah kami bersih dari bau
asap rokok yang kurang elok seperti di alami oleh para perokok dan keluarga
mereka. Sikap proaktif saya tentang
keburukan merokok, telah memberi kredit yang amat tinggi kepada isteri saya. Isteri dan
keluarga kami tidak pernah menghidu asap rokok yang mengandungi pelbagai jenis
narkotik yang boleh membahaya kesihata. . Sifat
benci rokok yang saya amalkan mendapat sanjungan yang amat tinggi oleh
isteri dan sahabat saya.
0 comments:
Post a Comment