Tip 4 : Nabi Muhammad S.A.W. dijadikan sebagai ‘role model’.
Sememangnya menjadi
cita-cita dan amalan dalam kehidupan saya.
Semenjak bujang, sehingga berumah tangga dan memperolehi tujuh orang
cahaya mata dan 6 orang cucu, Alhamdulillah saya dapat hidayahNya untuk menjadikan
Nabi Muhammad SAW sebagai role model. Setiap langkah untuk menjalani aktiviti
kehidupan seharian dengan berpandukan kepada sunnah Rasulallah SAW. Perjalanan
hidup saya akan sedaya upaya di pastikan tidak akan tersasar jauh dari apa yang
telah digariskan oleh Islam dan sunnah.
Mungkin ia adalah barakah didikan ibu dan bapa semasa saya masih kanak-kanak lagi yang begitu kuat
memeganag prinsip kepada pendidikan yang berasaskan kepada ajaran Islam dalam
serba serbi aktiviti kehidupan kami sekeluarga.
Untuk menjadikan Rasulallah
sebagai role model kita perlu tahu tentang Sirah Kehidupan Rasullalah SAW. Oleh
itu sebagai suami mestilah mempunyai ilmu, bukan sahaja ilmu kedunaiaan tetapi
juga ilmu keagamaan, jika kita kurang ilmu agama maka kita perlu tingkatkan
pengetahun agama saban masa, saya sentiasa mengambil sikap positif dengan
menjadikan orang alim sebagai rakan dan sahabat. kelebihanya adalah mudah untuk
dijadikan pakar rujuk apabila timbul
permasalahan hukum hakam agama. Kata
pepatah arab,” jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan dapat
menghidu bau wangian wangi. Sebaliknya jika kita berkawan dengan tukang besi,
setidak-tadaknya kita akan merasai kepanasan haba besi”.
Tindakan kedua yang saya
lakukan ialah dengan memperbanyakan bacaan samada buku agama, atau
artikel-artikel berkaitan agama di akhbar dan blog-blog di internet. Cara
sebegini akan dapat memperluaskan pengetahuan tentang agama serta dapat update hukum-hakam dari
masa ke semasa. Satu lagi keadah yang saya
gunakan ialah sentiasa mendengar ceramah-ceramah agama di tv dan internet.
Contohnya seperti slot “Tanyalah Ustaz” di TV 9, ceramah agama ustaz Azhar
Idrus di You Tube dan juga mendengar CD agama yang bersepah di pasaran. Prinsip
menuntut ilmu sepanjang hayat adalah amalan yang masih saya lakukan sehingga
hari ini.
Dalam mendidik diri untuk
meningkatkan ilmu agama, kita perlu bersikap terbuka dan mempunyai sifat rajin
untuk menambah ilmu, berdasarkan pengalaman, pada mula berjinak-jinak untuk
tingkakan ilmu agama, akan timbul perasan di dalam diri bahawa kita telah cukup
ilmu, “aku dah pandai, aku lebih tahu pada ustaz tu”, ini semua akan berlaku
dalam jiwa kita kerana pada peringkat permulaan memang kita akan dihasut oleh
syaitan dan nafsu supaya tidak menambahkan ilmu agama. Sebaliknya bila kita banyak menghadiri
majlis-majlis ilmu, kita akan merasakan bahawa banyak lagi perkara-perkara yang
kita tidak tahu, sebagaimana mahfun firman Allah, “Jika dijadikan kesemua air
laut sebagai dakwat untuk mencatat ilmuKU, nescaya kamu akan kehabisannya, dan
ilmu yang diperolehi itu hanyalah sedikit berbanding dengan ilmu Allah, ibarat
kamu mencelupkan tangan kamu didalam air laut dan sayangkatkannya, air yang lekat di tangan kamu itulah ilmu yang
kamu ada, berbanding dengan ilmu Allah yang masih banyak yang belum kamu
ketahui seperti banyaknya air di lautan yang tebentang luas itu”.
Berdasarkan sedikit ilmu
yang ada itulah saya cuba menjadikan nabi Muahammad SAW sebagai role model dalam
menerajui kehidupan berkeluarga. Tindakan yang saya amalkan ialah mempastikan
diri sendiri dahulu mengerjakan kehendak asas agama seperti solat lima waktu
dipastikan disempurnakan tanpa tinggal, dilakukan pada awal waktu, solat
berjemaah,mempunyai sifat amanah, sentiasa memberi kemafaan,sentiasa bercakap
benar, suka bersedekah dan membantu orang dalam kesusahan yang memerlukan
pertolongan. Begitu juga dengan ibadat-ibadat lain seperti puasa bulan Ramadan,
membayar zakat fitrah dan zakat wang pendapatan (zakat harta). Dan bila mampu
pergi menunaikan fardu haji.
Di samping amalan wajib,
kami juga melakukan amalan sunat seperti puasa pada hari isnin dan khamis bila
kelapangan, memberi sedekah kepada anak-anak yatim dan fakir miskin. Menderma
untuk perkara-perkara kebajikan seperti membina masjid, tabung bencana dan
sebagainya.
Satu perkara yang kami
amalkan dalam mengikuti sunnah Rasulallah ialah sentiasa mempunyai sifat kasih
sayang dalam bergaul dengan isteri dan keluarga. Sepanjang perkahwinan kami lebih 34 tahun, tak
pernah satu kalipun saya memukul isteri. Untuk amalkan sifat sebegini ianya
amat payah dan mencabar terutamanya pada usia masih muda, iaitu usia dua
puluhan dan tiga puluhan, kerana pada masa ini jiwa kita membuak-buak dengan
gelora perasaan ego sebagai seorang lelaki yang mempunyai kelulusan ijazah dari
menara gading. Namun dengan
memperbanyakkan ilmu agama maka sedikit demi dikit perasaan itu dapat
dipupuskan di jiwa saya. Kini setelah berusia warga emas saya telah dapat
membuang jauh-jauh sifat keegoan itu, semua kelebihan dan kepandaian yang ada
pada saya adalah milik Allah yang
dipinjamkan untuk sektika sahaja. Alhamdulillah atas hidayah Allah yang telah
mengubah keegoan diri saya. Ku panjatkan kesukuran kepada Mu Ya Allah. Amin.
Mungkin berkat amalan
menjadikan Rasulallah sebagai idola dalam kehidupan berumahtangga. Kami telah
dapat menerajui perjalanan kehidupan rumah tangga sehingga kini yang telah
menjakau usia 34 tahun lebih, saya begitu bersyukur kerana dengn izinNya dapat
berjalan dengan sempurna tanpa masalah yang besar. Rumah tangga kami sentiasa
bahagia sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.
Saya juga melahirkan
perasaan kesyukuran yang amat sangat kerana Allah memberi ketabahan kepada saya
untuk menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini dengan penuh sabar, dan
sentiasa menyedari bahawa segala kesusahan dan kerumitan yang saya sendiri
tanggung dan juga keluaraganya hadapi itu adalah ujian dan ketentuan Allah untuk
menguji kesabaran dan keimanan mereka. Saya juga cuba menerima segala ujian
dengan penuh tabah kerana berpendapat yang ujian Allah datangkan itu adalah
untuk meningkatkan lagi darjatnya.
Dalam tempoh
perkahwinan kami lebih 34 tahun adalah
tidak benar jika dikatakan tidak ada berlaku perselisihan faham. Kerana telah
menjadi rempah ratus dalam melayari bahtera rumah tangga sekali-sekala akan
ditimpa badai dan ombak besar. Bila di renung kembali sejarah perjalanan rumah
tangga kami ada dua kali berlaku perselisihan faham dengan isteri, Pertamanya
pernah berlaku semasa kami berada di awal tempoh perkahwianan dahulu, pada masa
itu isteri sedang alahan di peringkat awal bulan mengandung, pada suatu hari
datok saudara saya datang bertandang ke rumah dan dia bermalam satu malam. Nak
jadikan cerita, saya yang pulang lewat pentang dari kerja luar pejabat, balik
dengan keletihan. Selepas solat maghrib saya tertidur, bila terjaga pada tengah
malam saya dapati dato suadar tidur disofa tanpa selimut. Bila bangun keesokan
pagi saya marah-marah kepada isteri kerana tiadak meraikan tetamu. Lanjutan itu
isteri berkecil hati dan merjuk dan tidak bertegur sapa dengan saya selama dua
hari. Kekadang kita sebagai suami melakukan sesuatu dalam keadaan marah dan
tidak berfikiran rasional boleh membuatkan isteri dan keluarga berkecil hati,
jika tidak pandai melayani kerenah kemarahan boleh membawa kepada perbalahan
dan percerian rumah tangga.
Setelah diletakkan minda
kita dengan ujian dan ketentuan Allah, maka akan timbul kesabaran dalam menempuh
segala carabaran dan kesusahan. Satu perkara yang saya jadikan pedoman hidupnya
ialah “setiap halangan itu akan pasti
akan capai kejayaan akhirnya”. Moto
kehidupan yang dipengangnya itulah menyebabkan saya tidak ada kamus kecewa, putus asa dan kegagalan
dalam kehidupan, Sentiasa beranggapan yang Allah bersama-sama orang yang sabar
dan Allah tidak membebankan hambaNya. Sifat sabar yang ada pada diri saya
mungkin juga disebabkan saya semenjak belajar di tingkatan 3 lagi sudah ditimpa
sakit lutut yang serius. Menyebabkan saya terpaksa ke sekolah dengan lutut
berbalut dengan bandage, kakadangkala di
usik juga oleh rakan sekolah, dan yang paling getir sekali ialah bila tiba
tarikh peperiksaan saya di masukkan ke wad kerana sakit semakin serius,
peperiksaan LCE terpaksa dijalankan di dalam wad hospital. Pada masa itu ada
seorang lagi pelajar yang sakit dan menduduki peperiksaan di dalam wad seperti
saya. Perjalan liku-liku hidup saya semasa remaja dan hinggalah keperingkat
berumah tangga dan berkeluarga sering sahaja ditimpa dengan kesakitan dan kesusahan.
Menyebabkan saya boleh dikatakan telah ‘imune’ dengan penderitaan. Walau
bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana kesusahan yang sering saya alami itu
membuatkan saya tidak leka dan melebihi batas agama dalam melayari liku-liku
kehidupan sehingga kini. Kesakitan yang dihadapi adalah sebagai perisai bagi
kehidupan saya daripada melakukan perbuatan yang melanggar hukum agama (dosa
besar) kerana jika saya ingin lakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum
agama, akan datang perasaan dalam fikiran bahawa jika saya lakukan kesalahan
ini mungkin Allah timpa penyakit atau masalah yang lebih kronik lagi.
Saya juga bersyukur
kerana Allah beri hidayah untuk menjadikan saya sebagai salah seorang hambaNya
yang sentiasa ingat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Jujungan Besar Nabi
Muhammad SAW. Sekurang-kurannya ia dapat dijadikan pedoman hidup dan persai
diri hambaNya yang serba kurang ini mengharugi kehidupan dengan penuh
berhati-hati dan berpandukah ajaran sunnah, tidak banyak pun sedikit yang dapat
menghalang dari tergelincil rel perjalan hidup sebagai persiapan untuk menuju
kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Memang di destinaisi itu pun
sepatutnya menjadi fokas semasa kita di beri peluang hidup di dunia yang fana
ini. Kerana hidup yang sebenar dan kekal abadi adalah kehidupan akhirat. Orang
yang sentiiasa meletakkan matlamat kehidupan akhirat tidak akan tergelincir
banyak dari garis panduan yang telah ditetap oleh Islam sebagaima telah di ajar
oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
0 comments:
Post a Comment