Tip 13 : Sekali
sekala ajak isteri mandi bersama. “Mandi berjemaah”
Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat
mengeratkan hubungan suami isteri.
Aamalan ini saya lakukannya semenjak
mula-mula berkahwin dahulu lagi, pada mulanya adalah untuk meluahkan kasih
sayang kepada isteri, maklumlah kerana kami berdua tidak saling kenal mengenali
begitu lama seperti mana yang biasa alami oleh kebanyakan teruna dan dara yang
kebiasaanya telah menjalin hubungan cita untuk tempoh yang agak lama sebelum mereka
berumah tangga.
Saya pernah mendengaar
ceramah agama dimana ustaz memberitahu
bahawa Rasullah SAW juga pernah mengamalkan mandi bersama isteri baginda
(terutama Aisyah R.A.). Bila saya mendapat maklumt ini saya meneruskan amalan
mandi bersama isteri ini sebagai salah satu ikutan sunnah yang diutamakan dalam
kehidupan kami suami isteri. Malahan dalam keadaan mutakhir ini bila isteri
saya memerlukan saya membantu dirinya untuk mandi pada setiap masa.
Pangalaman mandi bersama ini akan melahirkan persaan cita
dan kasih sayang yang lebih intim diantara suami isteri. Semasa mandi bersama
ini kadangkalan berlaku senda gurau yang membuatkan belaian kasih sayang
semangkin jitu. Tindakan ini boleh menambahkan lagi keyakinan isteri kepada
suaminya bahawa dia adalah satu-satunya isteri yang menjadi kesayangan suami. Mengikut kajian dari segi pehubungan ‘aura’ diantara
sumi isteri akan menjadi bertambah intim lagi apabila kesan air mandian diantara mereka akan mengenali
badan di antara satu sama lain. Ion-ion positif dan negetif dari suami dan
isteri akan menjadi recharge yang boleh menambahkan imun kesihatan mereka.
Situasi ini akan mengakibatkan mereka berdua akan merasai kesegaran badan yang luarbiasa
setelah selesai mandi dan juga melahirkan perhubungan yang romantik.
Dari pengalaman hidup
saya semasa kecil dahulu, bapa dan ibu saya menjadikan mandi bersama ini adalah satu kebiasaan. Mereka
biasa manda di telaga yang berada di luar rumah kami yang jaraknya dalam
lingkungan 10 meter. Saya pernah terdengar ibu dan bapa bercakap-cakap semasa
mandi dan kadang kala diikuti dengan gelak ketawa mereka. Cuma pada masa itu
saya masih lagi kanak-kanak tidaklah ambil kesah sangat topik apa yang mereka
bincang.
Amalan mandi bersama ini juga akan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa ibu bapa mereka merupakan pasangan yang paling bahagia, selalu bersama dalam kebanyakan aktviti kehidupan seharian. Suasana sebegini merupakan satu pendidikan minda kepada anak-anak bahawa mereka juga bila berumah tanggati nan mestilah membentuk satu hubungan kasih sayang yang jitu diantara suami siteri. Bila perasaan sebegini telah wujud di naluri seseorang pemuda atau pemudi, menjadikan mereka dalah insan yang didik untuk salig berkasih sayang diantara ahli keluarga. Stuasi ini akan melahirkan budaya hidup berkeluarga yang mantap di kalangan ahli-ahlinya.

0 comments:
Post a Comment