Tip 6 : Sentiasa membentuk sifat positif dan istimewa.
Kebenaran tip ini telah
terbukti, dimana saya telah mengamalkannya dengan mengambil beberapa tindakan
yang boleh memberi keyakinan kepada isteri bahawa suaminya adalah seorang yang
“istimewa” kerana mempunyai keistemewaan tersendiri.Keistemewaan ini bukanlah satu kelebihan pada diri saya ianya adalah anugerah Allah kepada saya, tanpa hidayah dan anugerahNya apalah ada pada kita sebagai insan yang serba kekurangan.
Saya telah diizinkan Allah mempunyai sifat-saifat peribadi yang menjadi amalan dalam kehidupan saya yang telah dianggap sebagai suami yang amat
istimewa di kaca mata isteri.
a. Sebagai seorang suami yang sering membantu isteri membuat kerja-kerja rumah
seperti memasak, membeli makanan dan keperluan dapur di pasar.Tindakan ini pada mulanya dengan niat membantu isteri semasa di awal perkahwinan kami dulu, lama kelamaan menjadi rutin bagi saya atas kesedaran yang isteri sebagai "Pengurus Besar' di rumah sepenuh masa, sememangnya mempunyai tugasan rutin harian yang banyak dan meletihkan. Ini dapat saya rasai apabila saya cuba membantunya di peringkat awal dahulu. Setelah isteri melahirkan anak pertama kami, saya cuba membantunya semasa di dalam "pantang".
b. Apabila isteri bersalin,
saya akan mempastikan aktiviti untuk menjaga bayi dalam pantang akan dilakukan
olih saya sendiri. Sebagai contoh saya akan balik ke rumah untuk memandikan
anak sewaktu masa rehat (minum tea pada jam 10.00 pagi) setiap hari. Tindakan
ini telah menyebabkan timbul keintiman
hubungan suami isteri. Isteri begitu terhutang budi kepada saya yang
sanggup membantunya untuk menjaga bayi dalam tampoh pantang selepas melahirkan
anak. Isteri begitu bangga mempunyai
suami yang rajin membantu kerja rumah, ianya amat memberi kesan mendalam
memandangkan majoriti suami di Malaysia tidak ramai yang membantu kerja isteri di
rumah. Lebih menyedihkan lagi masyarakat melayu Malaysia menganggap lelaki yang
membantu kerja rumah adalah seorang yang "dayus" atau dikatakann sebagai “queen
control”. Kefahaman ini adalah jauh tersasar dari ajaran Islam yang di bawa
oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Rasulallah sentiasa membantu isteri-isterinya
melakukan kerja rumah. Sepatutnya suami akan berbangga jika dia dapat membantu
isteri membuat kerja rumah kerana perlakuan sedemikan adalah mengikut sunnah
nabi.
c. Mungkin satu kelebihan yang adap pada diri
saya adalah kerana mempunyai hobi memasak. Ini mungkin disebabkan faktor
persekitaran keluarga semasa saya masa kecil dahulu, dimana saya mempunyai 5
orang adik beradik. Saya adalah anak kedua serta sebagai anak lelaki
tunggal. Suasana ibu bapa kami yang
berkerja sebagai peniaga rucit menyebabkan saya terpaksa membantu memasak terutama
pada hari-hari sibuk seperti hari pasar minggu. Rutin sebegini menyebabkan saya
mampu memasak pelbagai menu masakan seperti, nasi biasa, nasi ayam,
gulai, sayur, nasi lemak, nasi dagang, nasi briani dan sebaginya. Malah saya sering di beri gelaran sebagi “Master Chief “
oleh isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami.Bersyukur kepada Allah yang memberi kelebihan ini.
Jadi tidak menjadi keberatan bagi saya untuk melakukan kerja
masak-memasak untuk makanan sehiaran keluarga setelah isteri lumpuh mulai tahun
2001. Selepas pembedahan itu isteri telah lumpuh sebelah tubuh sehingga ke hari
ini (hampir 15 tahun). Semenjak tarikh itu saya yang memasak untuk isteri,
anak-anak, ibu dan mertua yang tinggal bersama, Saya lakukan kerja memasak
sebelum pejabat setiap hari sebagai persiapan makanan untuk dimakan oleh keluarga pada tengah hari dan petang.
Rakan saya pernah bertanya tidakkah saya terasa penat dan jemu melakukan semua ini. Alahmdulillah telah timbul perasaan tanggung jawab di hati saya untuk melakukant semua ini, telah timbul perasan ikhlas melakukan semua itu kerana
Allah, sebagai ketua keluarga saya terpaksa menjalankan amah Allah sebaik
mungkin, tambahnya lagi segala apa yang berlaku ke atas kami adalah ketentuan
Allah Yang Maha Mengetahui. Ianya adalah satu ujian Allah ke atas saya untuk menguji
keimanan dan kesabaran. Saya amat berpegang kepada prinsip “Alllah bersama-sama
orang yang sabar”. Saya berpendapat jika kita lakukan sesatu kerja dengan penuh
keikhlasan dan penuh tanggung jawab, segala kepayahan dan kesusuhan tidak akan
terasa, malah akan lebih bersemangat lagi untuk melakukan semua kerja berkenaan
kerana ingin mendapat ganjaran pahala yang Allah janjikan di akhirat kelak.
Lama kelamaan kerja-kerja berkenaan akan menjadi satu rutin harian, bila ini
berlaku akan timbul perasaan keseronokan
pula. Malahan sekarang ini timbul perasaan tidak selesa bila tidak
melakukan kerja berkenaan. Bak kata pepatah “alah bisa kerana biasa”.
d. Satu lagi anugerah Allah kepada sifat postif
yang ada pada saya ialah dapat mengawal daripada menjadi
perokok. Saya bersyukur kepada Allah yang memberi hidayah kepada diri ini
menjadi soorang insan yang amat benci kepada rokok. Perasaan benci ini timbul
semenjak kecil lagi disebabkan satu peristiwa yang amat berkesan telah saya
alami, dimana saya telah di rotan oleh ayah pada usia 12 tahun kerana kesalahan
menghisap rokok. Bermula dari tarikh itu saya dapat menahan diri dari
dipengaruhi oleh rakan yang merokok secara tegar. Malah semenjak di Universiti lagi saya berjaya menahan
nafsu untuk merokok. Syukur kepada Allah yang memberi hidayah kepada saya yang
kerdil ini untuk tidak merokok kerana perbuatan merokok akan membahayakan
kesihatan. Majlis Fatwa Kebangsaan telah memfatwakan bahawa merokok adalah
haram. Sesungguh sifat ini amat memberi kesan kepada isteri kerana dia pernah meluahkan perasan bangganya kepada saya kerana tidak merokok. Malah telah menjadi kelaziman di rumah kami apabila tetamu datang dan dia adalah perokok, apabila hendak hisap rokok mereka akan keluar dan menghisap rokok di luar ramah.Mungkin untukk menjaga hati saya yang telah diketahui tidak merokok.
Dalam membina sikap
positif di kalangan suami sebagai peneraju rumah tangga, suami mestilah tidak
berputus asa apabila di uji dengan kerumitan dan kesulatan. Amalan saya dalam
kes sebegini ialah sentiasa berlapang dada apabila di uji dengan kesusahan dan
penderitaan. Umpamanya dalam mengharumi liku-liku kehidupan ini saya beberapa
kali di timpa saat getir sepeti sakit lutut pada tahun 1984, Saya difitnah sebagai dalang konspirasi
penswastaan sebuah agensi kerajaan tahun 2000. Isteri mengalami lumpuh (sebelah
tubuh) pada tahun 2001,saya dijadikan kambing hitam dalam episode perebutan
kuasa di sebuah syarikat 2002 – 2006. Semua peristiwa getir itu saya lalui
dengan hanya bergantung kepada ketentuan dan takdir Allah. Saya tidak pernah
lemah semangat, malah akan cuba sedaya upaya untuk menghadapi segala cubaan dan
ujian getir itu dengan penuh berlapan dada, saya tidak menyalahkan kepada orang
lain dalam apa kerumitan yang saya alami itu, saya lebih menjurus kepada
ketentuan Allah yang melakukan semua itu untuk menguji hambaNya yang serba
kekurangan ini. Alhamdullilah sifat positif yang dapat saya bentuk dalam benak
minda saya merupakan satu angurah yang diberkan olehNya kepada saya. Atau berkemungkinan
kerana saya telah biasa menghadapi ujian sebegini semenjak kecil lagi, maka apa
jua uijan yang dialamai dapat saya hadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.
Alhamdulillah .Daku bersyukur kepada Mu ya Allah, yang telah memberi segala kekuatan, semangat dan brsifat lapang dada, tanpa hidayah Mu tiada apa yang terdaya ku lakkan semua itu. Amin ya Rablil Alamin.
0 comments:
Post a Comment