Tip 19 : Sentiasa menyimpan rahsia
isteri.
Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan
keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan kerana ianya bertentangan
dengan ajaran Islam. Perbuatan sebegini juga boleh merenggangkan perhubungan
suami isteri.
Bagi saya isteri adalah yang terbaik dalam kehidupan keluarga
kami, namun begitu setiap insan yang bergelar manusia mesti ada kelemahanya,
Cuma bezanya peratus kelemahan seseorang adalah berbeza dari seorang ke seorang
yang lain. Secara reality dalam kehidupan hanya Baginda Nabi Muhammad SAW yang
sempurna segala-galanya. Pun begitu baginda sentiasa beristighfar lebih 70 kali
dalam sehari semalam (hadis).
Bagi mempastikan perhubungan diantara suami dan isteri sentiasa
aman, damai dan harmoni, saya mengamalkan tabiat suka menyimpan rahsia tentang kelemahan dan keburukan isteri.. Semua
rahsia ini disimpan untuk diri saya sahaja dan sebagai pedoman untuk saya mencari
kaedah terbaik bagaimana untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada
isteri. Semoga dia akan berubah untuk menjadi insan yang lebih baik dan tidak lagi mengamalkan perangai
yang buruk dalam hidupnya di masa hadapan.
Satu amalan yang saya sentiasa praktikkan ialah saya tidak memberi tumpuan sangat sifat
buruk isteri, kerana bagi saya sifat itu hanya dalam lingkuan kurang 10 - 15% sahaja
daripada keseluruhan sifat-saifat baik yang terdapat pada isteri. Islam juga
mengajar umatnya untuk melihat kebaikan
bukan keburukan seseorang. Lagipun agama
Islam mengajar umatnya supaya menjadi pemaaf. Kerana Allah semanagnya mempunya
sifat Maha Pemaaf dan Pengampun. Apabila kita menjadikan diri kita sebagai
seorang yang sentiasa berfikiran positif, jika ada kelemahan yang dilakukan
oleh isteri, saya akan membuat analisa terlebih dahulu dan dapatkan punca kenapa ianya berlaku, kah faktor yang
menyebakan isteri membuat perkara yang
tak baik, juga dianalisa kesalahan itu sama ada dosa kecil atau dosa besar.
Sehingga kini tidak ada kesalahan dosa besar yang dilakukan oleh
isteri saya. Sekali sekala ada dilakukan kesalahan kecil yang boleh dimaafkan. Disamping itu saya akan bertindak untuk memberi nasihat secara bijaksana supaya isteri dapat memperbaiki dirinya. Sebagai seorang
suami, jika kita berjaya mendidik isteri yang melakukan kesilapan, untuk balik
ke pangkal jalan dan bertaubat terhadap kesilapan yg dilakukan. Mungkin ia
lakukan tanpa disengajakan atau disebabkan oleh kejahilannya. Suami patut beri peluang kepada isteri untuk memperbaiki
kesilapan, dan bantulah isteri untuk memperbetulan kesilapannya itu supaya
dapat dikembalikan kepada landasan agama yang betul.
Hasil amalan sebegini
menjadikan hubugan suami isteri kami berdua selalu intim dan mesra, malah
suasana kehidupan seharian kami ibarat sumi isteri yang baru sahaja mengalami
kehidupan malam pertama perkahwinan dan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang
tidak pernah pudar di telan zaman.
Sungguhpun perkahwian kami telah melewati tempoh 34 tahun.
jika kita sentiasa mengamalkan sikap berpandangan positif, hidup
kita menjadi ceria pada setiap masa. Kerana
bagi saya jika terdapat sesuatu masalah dalam rumah tangga saya lebih
cepat membuat tindakan untuk menghisbah diri – direnungi kepada diri saya dahulu, tentang apakah
kesalahan yang dilakukan menyebabkan Allah memberi musibah. Setelah itu barulah
dilihat keluar tentang kelemahan isteri dan anak-anak. Kita juga mestilah mempunyai sangkaan baik
terhadap musibah yang Allah berikan kepada kita dengan tanggapan bahawa Allah
sedang menguji keimanan dan ketaqwaan kita, bagi membolehkan Allah meningkatkan
lagi darjat kita. Kerana firman Allah. “ Adakah manusia itu akan memperolehi
kebaikan nikmat dari Ku sebelum mereka di uji “ (Quran). “ Selepas kesusahan
akan tiba kerahmatan dan kenikmatan Allah.” Ini diantara prinsip yang dipengang
oleh saya dalam kehidupan ini. Oleh itu, bila kita sentiasa berserah diri
kepada Allah setelah kita berikhtiar
untuk lakukan sebaik mungki. InsyaAllah kita akan memperolehi hasil yang baik dengan pertolongan dari Allah.
0 comments:
Post a Comment