Tip 20 : Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Sebagai seorang yang membesar dengan didikan agama oleh ayah dan
ibu, saya sememangnya mempunyai hasrat untuk amalkan akhlak yang di ajar oleh Islam. Terutamanya
sikap kami untuk memuliakan semua keluarga saya dan isteri Dimana kami menganggap setelah diijab kabulkan, maka kami berdua dan semua
keluarga kedua-dua belah pihak telah menjadi satu keluarga besar. Umapanya saya
sebagai suami tidak akan terbatal air
sembahyang jika bersentuk dengan ibu mertua, begitulah juga si isteri tidak
akan batal wududnya jika bersentuh dengan bapa mertua.
Atas hakikat ajaran agama inilah, saya telah meletakkan status
ibu, ibu mertua, bapa dan bapa mertua adalah sama rata. Oleh itu kedua-dua mereka
perlu di muliakan, kerana syurga terletak di bawah kaki ibu. Oleh itu untuk mendapat hidayah dan keredaan
Allah dalam kehidupan kita, maka kita perlu mendapat restu dari mereka semua.
Ika amalan yang baik yang telah digariskan oleh agama Islam diikuti
akan menjadikan perhubungan keluarga sentiasa harmoni dan penuh ukhwah
Islamiah. Jadi bagi saya, amalan yang ditunjukan oleh Islam telah menjadi
sebati dengan saya dan Alhamdullihan sehingga kini pertalian diantara keluarga
sendiri dan mertua sentiasa aman damai.
Oleh kerana saya pandai mengambil hati ibu mertua, menjadikan ibu mertua telah
tinggal bersama lebih 14 tahun semenjak isteri mengalami kecacatan kekal
selepas menjalani pembedahan kepala. Malah ibu mertua pernah mengeluar
kenyataan bahawa dia telah menganggap menantu sebagai anaknya sendiri, kerana
telah menjaga dirinya dengan sebaik mungkin dalam usianya yang telah menjangku
lebih 90 tahun.
Semenjak setahun lepas ibu kandung saya pula datang tinggal
bersama kami, oleh kerana adik saya yang bongsu yang tinggal di Kuala Lumpur,
menghadapi masalah untuk menjaga ibunya yang telah menjangku usia lebih 80
tahun dan mula mengalami lupa ingatan sekli sekala (nyanyok). Saya memberi
tawaran untuk mengambil alih tugas menjaga kedua-dua ibu dan mertua yang sudah
lanjut usia. Alhamdulilah, dengan penuh
keinsafan bagi mencapai hasrat untuk mendapat keredaan Allah melalui berbakti kepada
mereka berdua, Alhamdulilah saya diberi kesihatan dan keupayaan oleh Allah
untuk menjaga kedua-dua ibu.
Pernah saya tidak tanya tidakkah terasa satu bebanan untuk menjaga
kedua mereka yang telah lanjut usia, dengan senyum saya memberi jawapan bahawa
bagi diri saya tidak menjadi keberatan, malahan ianya bersyukur kehadrat Allah
yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk berbakti kepada mereka berdua yang
telah lanjut usia memandangkan Islam telah memberi tanggung jawab kepada anak
lelaki untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah tua, dan Allah akan memberi
ganjaran pahala yang amat besar di akhirat kelak. Sebenarnya bagi anak-anak
yang tidak mahu menjaga ibu bapa yang tua adalah satu kebodohan, kerana bukan
mudah untuk mendapat pahala secara percuma setiap hari, memandangkan Islam meletakkan taraf ibu bapa
amat tinggi sekali, ajaran Rasullah mengatakan
dengan melihat ibu bapa yang telah lanjut usia dengan penuh kasihan sayang,
anak akan mendapat pahala. Apatah lagi
jika kita menjaga makan minum dan semua keperluan sehariannya, maka ganjar
pahalanya lebih besar lagi. Lagipun ibu yang kita jaga dengan sempurna akan
sentiasa berdoa kehadrat Allah supaya anaknya mendapat kerahmatan Allah pada
setiap masa.
Dengan bersikap positif dan meletakkan persamaan taraf diantara
keluarga saya dan juga keluarga isteri, Allah telak kurniakan hidayahNya kepada
saya. Sehinggakan saya boleh menjaga, isteri yang sakit (OKU) dan kedua-dua ibu
yang telah lanjut usia dengan sempurna. Dan yang lebih menyeronokan saya merasakan
begitu bertuah sekali kerana dapat
berbakti kepada mereka demi menjalankan amah Allah di dunia ini. Allahdulilah, saya
kini diberi kesihatan yang lebih baik (walaupun usianya telah melebihi 61
tahun) mungkinkah ini semua berkat doa
kedua-dau ibunya saban hari. Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment