Monday, May 5, 2014

SUAMI MITHALI : Tip 3: Sentiasa taat kepada perintah Allah......



Tip 3 :   Sentiasa taat kepada perintah Allah dan memastikan keluarga juga patuh kepada perintah Allah.

 
Sebagai seorang Islam sudah pastilah matlamat kehidupan kita adalah unntuk sentiasa taat kepada perintah Allah. Ini adalah tanda keimanan kita terhadap Allah. Jika kita tidak taat kepada perintah Allah bermakna lafaz syahadah yang kita ucapkan itu tidak dapat diterima Allah. Ianya mesti diikuti dengan perbuatan untuk taat segala perintah Allah. Dalam kehidupan seharian kita perlu taat terhadap perintah Allah yang berkitan dengan yang wajib; sunat; harus, makruh dan haram. Bagi saya selalu menggunakan istilah 5 prinsip hidup berdasarkan ajaran Islam.

Perkara wajib mesti di taati tidak boleh tidak kita engkar seperti  mengerjakan solat, puasa, zakat dan haji. Manakala yang haram mesti ditinggalkan sepenuhnya seperti mencuri, berzina, mengumpat,menyakit hati orang lain, berdusta, menipu, mederhaki ibu bapa dan sebagainya.
Manakal yang sunat pula perlu diamalkan seboleh-bolehnya seperti memberi sedekah, membantu orang dalam kesusahan, memgandakan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat. Perkara yang harus diberi kebabasan sama ada hendak melakukan atau tidak, seperti mahu makan masakan berasaskan ikan dan sayuran atau makanan berasaskan daging merah atau daging puith. Aktivit lain yang harus seperti pergi melancung dalam negeri atau di luar Negara dan sebagainya. Perkara yang makroh mesti utamakan untuk di tinggalkan seperti memakan makanan yang berbau sebelum pergi solat berjemaah seperti petai, jering, bawang putih dan sebagainya.Begitu juga merokok yang majority tok-tok guru di Malaysia sebelum ini mengatakan makroh , perlu ditinggalkan dan sememangnya saya tidak pernah merokok.

Salah satu prinsip yang saya pegang dalam menerajui bahtera rumah tangga kami yang telah menjangkau usia lebih 34 tahun ialah memastikan semua ahli keluarga akan mematuhi perntah Allah dalam serba serbi aktiviti kehidupan seharian. Saya sebagai ketua keluarga perlu memberi teladan kepada isteri dan anak-anak. Pegangan utama saya adalah kita hidup hendaklah berpandukan kepada perintah Allah yang ditetapkan oleh Islam. Lima perkara yang ditetapkan oleh Islam perlu dipatuhi iaitu wajib; haram; sunat; harus dan makruh.

Saya akan pastikan yang wajib akan dilakukan sepenuhnya dan begitu juga yang haram akan ditinggalkan sepenuhnya. Perkara yang sunat akan diusahakan untuk melakukannya pada setiap masa bila ada peluang dan keperluan. Perkara harus diberi kebabasan sama ada melakukannya atau tidak, manakala yang makruh saya akan cuba untuk tinggalkan.

Jika dilihat kepada sejarah pendidikan, saya bukanlah mendapat didikan di sekolah  agama.  Di peringkat sekolah rendah hanya belajar di sekolah kebangsaan (1960-1966) dan memasuki sekolah menengah aliran English selama lima tahun. Sunggupun begitu, saya bernasib baik kerana ayah berkelulusan sekolah pondok serta bertugas sebagai Penyelia Imam dan juga sebagai Naib Daftar Nikah . Bapa saya juga adalah seorang guru agama yang mengajar di beberapa buah masjid dan madrasah . Persekitaran kehidupan sebegini memboleh saya dididik dengan disiplin agama yang kuat, terutamanya berkaitan dengan amalan –amalan fardu yang di tuntut oleh Islam.

Setelah  saya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti, saya dan ayah sentiasa berbincang, bertukar-tukar pendapat tentang isu-isu ekonomi, politik,agama, kebudayaan dan lain-lain isu yang releven dengan kehidupan seharian. Semasa perbincangan saya lebih menjurus kepada pemikiran akadamik berdasarkan hujah-hujah ekonomi dan sains sosial, manakala ayah lebih menjurus kepada pemikiran keagamaan berdasarkan nas-nas al Quran dan hadis. Sesi perbincangan dan bertukar-tukar fikiran seumpama ini menjadikan saya lebih matang dalam memahami dan mendalami hukum hakam agama dari masa ke semasa.

Dalam keluarga kami, telah menjadi amalan lazim untuk mengambil berat tentang amal ibadat dalam kehidupan seharian. Amalan solat  dititik beratkan. bermula solat subuh, zohor, asar, magrib dan isyak telah menjadi kelaziman untuk saya melakukannya secara berjemaah di masjid atau di surau,  paling tidak melakukan solat berjemaah dengan isteri dan keluarga di rumah. Sungguhpun begitu, setelah anak meningkat dewasa dan mempunyai kerjaya masing-masing, mereka mula sibuk dengan kerjaya, menyebabkan solat bejemaah sudah agak sukar untuk dilakukan di rumah, oleh itu tumpuan saya lebih kepada melakukan solat berjemaah di masjid.

Dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran isteri dan anak-anak  membaca Al-Quran, saya telah mengaji seorang guru Al-Quran di rumah dengan jadual pengajian tiga kali seminggu. Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada Allah yang telah memberi hidayah kepada keluarga kami  untuk menjadi orang yang celik Al Quran walaupuan tidaklah pakar tilawah atau hafazan.

Setelah anak-anak kami menamatkan pengajian masing-masing di kolej dan universiti, mereka mula membawa haluan masing-masing. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk memperingati anak-anaknya tentang keperluan solat serta kepatuhan semua syariat agama, sekali sekala saya anak menggunakan kecanggihan kemajuan teknologi telefon bimbit untuk mengingati mereka melalui pesanan SMS. Saya bertindak menghantar secara berkala SMS untuk mengingati anak-anak kami  tentang kepenting solat yang perlu disegerakan pada waktunya. Tindakan berkomunikasi melalui SMS yang saya amalkan ini memperlihatkan perkembangan positif terhadap anak-anak kami.

Alhamdulilah, Hidayah Allah yang memberi istikomah kepada saya dalam mentaati perintah Allah, telah menjadi ikutan kepada isteri dan juga anak-anak.

Sepanjang tempuh perkahwinan sehingga hari ini saya tidak pernah memukul isteri, tidak pernah berlaku sebarang krisis yang besar, hubungan kasih sayang  suami isteri sentiasa membara dan kebahagian sentiasa sega, ini adalah berpunca  dari hasrat untuk mendapat keredaan Allah samada di dunia dan akhirat. Mungkin Allah telah memberi hidayahNya kepada keluarga kami atas niat dan semangat kami yang sentiasa condong kepada mentaati perintah Allah. Kandangkala kita mendengar berlaku penderan suami terhadap isteri, bila mendengar berita  sebegini saya tidak dapat bayangkan apakah jenis manusia yang bergelar suami yang mempunyai sifat begis dan ganas itu. Bayangkalah  orang yang dicintainya bila berlaku sedikit kesilapan terus memukul dengan seteruk-teruknya, sedangan dalam keadaan biasa isterilah tempat suami memandu kasih asmara, tempat melempas rindu dan nafus sek. Adakah adil hanya dengan sedikit masalah dia dibelasah sebegitu rupa.

Disamping solat, membaca Al-Quran setiap hari telah menjadi rutin bagi saya dan isteri, manakala anak-anak akan turut sama membacanya pada hari-hari tertentu. Dengan kemajuan teknologi Quran digital dan  Pen Membaca  Al Quran. Saya di ilhamkan oleh Allah untuk menggunakan alat ini bagi memperlancarkan cara membaca Al-Quran dan juga memahami isi kandungan Al Quran. Pengguna alat-alat canggih ini telah menambah minat keluarga kami untuk terus membaca Al-Quran. Amalan membaca Al-Quran telah menjadi agenda rutin oleh saya dan isteri. Kini kami mula menghayati isi kandungan Al-Quran pula dengan menggunakan Pen Pembaca Al-Quran untuk mendengar dan menghayati terjemahan isi  kandungan Al-Quran yang telah di rekod secara MP3.  Penghayatan Al-Quran melalui kaedah ini dapat memahami dengan lebih baik dan dapat mengelakkan perasaan mengantuk semasa mendengarnya. Teladan yang lakukan oleh kami berdua, alhamdulilah sekarang ini mula di ikuti oleh anak-anak pula, Syukur kupanjatkan kepada Mu Ya Rabil Alamin.

Sungguhpun kita telah berusaha sebaik mugkin untuk mendapat keredaan Allah dalam menjalani kehidupan seharian, tetapi sebagai manusai biasa kita akan diuji oleh Allah. Saya sendiri telah diuji dengan bebrapa peristiwa yang boleh mengugat keimanan dan intergriti kita sebagai seorang Islam yang taat kepada hukum-hakam agama. Jika dihalusi dalam lambaran nota kehidupan seorang insan, biasanya insan itu akan kecundang bila terlibat dengan kewangan. Jika corak hidup kita seharian untuk bergaya dan mempamirkan kita sebagai orang yang mempunyai wang dan berstatus tinggi, sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan harian dan bulan agak besar, kadang kala kita membelanja lebih dari apa yang diperolehi pada bulan berkenaan, jika ini berlaku kita terpaksa membelanja dengan cara berhutang sama ada melalui pinjaman bank, pinjaman dari kawan atau kad kredit.

Hal ini juga berlkau terhadap kehidupan saya, dimana saya telah menggunakan kad kredit untuk menampung kekurangan perbelanjaan bila berlaku pada satu-satu bulan, insedin sebegini tidaklah kerap sangat berlaku. Dalam tempoh hampir 15 tahun mengurus perbelanjaan untuk menampung keperluan keluraga saya telah berhutang dengan kad kredit lebih kurang RM40,000.00. kini ianya menjadi bebanan kepada saya untuk menjelaskan baki hutang kad kredit berkenanan yang tinggal lagi sebanyak RM15,000.00 . Setelah dibuat perundingan dengan pihak bank saya terpaksa membayar ansuran bulan sebanyak RM560.00 sebulan. Sekarang ini saya mula insaf dan sedar bahawa seseorang ketua keluarga perlu mempunyai keamhiran yang tinggi untuk mengurus kewangan keluarga. Kita juga perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dengan amalan riba, dalam kes ini saya telah gagal untuk memastikan wang yang dinbelanjakan untuk keluraga tidak trerlibat dengan riba. Mungkinkah musibah yang saya hadapi ini juga sebagai balasan Allah terhadap dosa-dosa saya itu. Ya Allah hamba mu ini memohon ampun dan bertaubat di atas segala kesilapan dan kealpaan sehingga melangar perintah Mu.     Amin Ya Rabil Alamin.

Kesimpulannya dalalm merancang kehidupan berkeluarga, kita sememangnya cuba melakukan yang terbaik untuk mengikuti semua perintah Allah. namun sebgai manusia yang serba kekurangan, sekali sekal kita akan melakukan kesalahan terhadap perintah Allah. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa bertaubat dan balik ke pangkal jalan. Sesunguhnya Allah Pemurah dan Penerima taubah. Bila kita bertaubat nasuha Allah akan memberi kemapunan dan diri kita dianggap sebagai bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Betapa Pemurahnya Allah kepada hambaNya.

0 comments:

Powered by Blogger.