Tip 9 : Seringkali bergurau senda dengan isteri.
Apa yang saya amalkan
berkaitan dengan tip ini ialah semasa saya dan isteri berduaan dalam perjalanan
jauh secara berkereta, saya akan memuji isteri,
iaitu tentang kecatikannya,
kadang kala ada juga saya memegang jari jemari atau tangan isteri sambil
mengusap manja, ini mebuatkan isteri terasa dia begitu disayangi oleh
suaminya. Keadah ini juga dilakukan untuk
membolehkan perkongsian masalah anak-anak di antara suami isteri bagi membolehkan satu jalan penyelesaian yang
dipersetujui bersama untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah anak-anak kami
yang dihadapi dari masa ke semasa.
Alhamdulilah, kaedah ini
telah mebuahkan banyak hasil untuk mengeratkan lagi kemesraan suami isteri, dan
juga dapat mengatasi segala kebuntuan dalam keluarga secara bersama. Teknik ini
merupakan satu keadah bagaimana menggunakan masa yang ada dalam tempuh 24 jam
secara lebih berkesan. Kerana pada masa berkereta bersama isteri adalah masa
yang paling efektif dimana suami dan isteri tidak akan diganggu oleh orang
lain.
Bergurau senda sebelum
kami tidur setiap malam juga adalah amalan runtin yang di amalkan oleh saya.
Kebiasaanya masa sebelum tidur adalah paling sesuai kerana pada masa ini saya
akan memeluk isterinya dan memberi kata-kata pujian tentang kecantikan dan
kebaikan isteri. Jika ini dilakukan akan membolehkan isteri terasa dia
disayangi dan apabila kami tidur dalam keadaan kegembiraan akan melahirkan aura
positif dalam diri dan diikuti dengan mimpi yang indah-indah yang akan memberi
kesan positif kepada kesihatan kita apabila bangkit dari tidur ke esokan
harinya. Saya dapat merasi betapa tenang dan sihatnya tubuh badan saya,
Alhamdulillah aku besyukur di atas segala nikmatMU yang Allah.
Jika kita sentiasa
bergurau senda bersama isteri setiap malam, akan dapat mengurangkan perasaan
stress yang kita alami pada sebelah pagi dan petang sebelumnya. Gurau senda
yang dilakukan di antara suami dan isteri akan melahirkan hormon positif dalam
tubuh dan ianya adalah satu tindakbalas yang baik untuk kesihatan kita suami
dan isteri.
melalui telefon, biasanya saya akan selit perbualan yang bersifat gurau senda dan joke diantara suami isteri apabila selesai sahaja perkara utama yang kami ingin bincangkan. Keadah ini saya dapati hubungan cinta dan kasih sayang kami dapat di pupuk saban masa bagi mengekalkan kebahagian yang telah kami kecapi dan nikmati selama ini. Alhamdulillah
0 comments:
Post a Comment