Friday, May 9, 2014

SUAMI MITHALI : Tip 26 - Cintai isteri sepenuh hati.



Tip 26 : Cintai isteri sepenuh hati.

“Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa”.Ini akan mejadi realiti jika telah letak niat yang baik semasa mula hasrat hendak kahwin dahulu.

Bagi saya sememangnya saya mencintai isteri sepenuh hati. Kerana saya pada mula-mula melafazkan cinta kepada gadis idaman pada kami mula berkenalan pada tahun 1979 adalah hasratnya tersangat murni iaitu ingin jadikan gadis pilihan sebagai isteri. Bukannya cinta main-main sebagaimana lazim dilakukan oleh  sesetengah pemuda pada masa itu (cinta monyet). Sesetengah pemuda kali pertama jatuh cinta hanyalah untuk bersuka dan seronok-seronok sahaja, tiada terlintas dalam hati untuk jadi isteri. Sebab itulah berlaku perkara-perkara yang tidak elok seperti zina, lahir anak luar nikah dan pelbagai perkara maksiat lain lagi.

Saya amat bersyukur kerana dalam sejarah perjalanan masa remaja dahulu, saya diselubungi dengan sakit lutut,  menyebabkan saya tidak berkesempatan utuk berfoya-foya. Mungkin Allah memperkenankan doa saya selama ini untuk diketemukan seorang gadis, idaman yang akan dijadikan isteri sampai bila-bila. Lagi pun  saya sememangnya seorang yang tidak suka bergaul dengan wanita, Pada masa saya belajar di USM dari tahun 1975 hingga 1980 saya tiadak bercouple sebagaimana kebanyakan student U pada masa itu. Situasi ini mungkin saya ada perasaan inferior diri kerana lutut kanan saya sentiasa sakit dan tidak dapat berjalan dengan sempurna seperti orang lain. Bila ditanya kenapa saya tidak bercouple seperti orang lain, jawabnya mudah, belum ada mood dan tidak sampai masanya lagi, kerana saya lebih memberi tumpuan kepada pelajaran..

Oleh kerana cinta saya sepenuh hati terhadap isteri, dengan izin Allah saya tidak pernah terlintas untuk berlaku curang kepada isteri. Kekuatan iman dan semangat inilah membolehkan saya mengelakkan diri dari terjebat dengan sebarang skandal dengan kakitangan wanita di pejabat di sepanjang tempoh saya berkhidmat dengan kerajaan lebih 17 tahun, dan sikap sebegini di teruskan bila saya bersara pilihan dengan kerajaan dan seterunya berkhidmat dengan Syarikat  Swasta lebih 16 tahun.

Dalam drama kehidupan saya, pernah  juga mengalami satu dugaan yang amat besar  berkaitan dengan prinsip ini, dimana pada bulan Jauari 2001 isteri yang dicintai telah menjalani pembedahan otak kerana berlaku darah beku didalam saraf otak. Kesan kepada pembedahan itu, isteri saya telah mengalami lumpun sebelah tubuh. Tangan dan kaki sebelah kanan tidak dapat berfungsi dengan sempurna.  Pada peringkat awal isteri memerlukan pertolongan dari saya sepanjang masa untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian.

Setelah hampir setahun saya mendapatkan rawatan untuk isteri sama ada dari hospital dan juga dari tukang urut tradisional, pergerakan kaki kanan dapat dilakukan sedikit, dimana isteri telah dapat berjalan perlahan-lahan tanpa memakai tongkat. Namun begitu tangan kananya masih tidak dapat digerakkan, oleh kerana kekurangan inilah menyebabkan saya terpaksa membantu isteri untuk mandi, mengambil wudud dan memakai telekung solat. Saya masih boleh bersabar kerana saya menganggap itu semua adalah anugerah Allah yang ingin menguji kesabaran dan kekuatan iman saya.

Setelah hampir lebih 5 tahun isteri sakit, terdapat beberapa orang rakan se pejabat memberi nasihat supaya saya berkahwin seorang lagi bagi membantu kehidpan seharian saya, Walau bagaimanapun saya dengan penuh keikhlasan memberi tahun bahawa saya perlu berfikir panjang untuk menilai kemampuan berkahwin satu lagi,  diantara faktor-faktor  yang perlu saya ambil kira ialah”

1.    Adakah saya mampu berlaku adil dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri-isteri. Jika tidak mamapu Islam tidak menggalakkan seorang lelaki itu berkahwin lebih daripada satu. Allah telah memberi ingatan kepada manusia supaya kahwinlah satu, dua, tiga dan empat jika kamu mempunyai kemampuan, tetapi jika kamu khuatiri tidak dapat berlaku adil maka lebih baiklah kahwin satu sahaja.

2.    Saya merasakan tidak setia kepada janji yang diberikan semasa saya mengenali isteri dahulu bahawa dia merupakan wanita pilihan dan tidak berbelah bagi kasih sayang saya kepadanya. Jadi jika saya berkahwin satu lagi dalam keadaan isteri saya sakit lumpuh sebegini, bolehlah diibaratkan saya ini adalah seorang yang hipokrit, yang berjanji setia sehidup semati dengan isteri semasa mula berkenalan dahulu, tiba-tiba bila isteri yang dicintai dan disayangi dahulu itu telah sakit dan menjadi  OKU, cinta mula berubah dan mula mendapatkan kasih sayang dari wanita lain yang lebih cantik dan sempurna. Saya cuba buat andaian jika saya yang sakit dan isteri mengalih kasih kepada lelaki lain. Apakah perasaan saya, sudah tentu hancur berkecai dan menjadikan seorang yang frust dan berdukacita. Oleh itu atas dasar sifat kemanusiaan dan keikhlasan hati, tidak sampai hati saya untuk mengalih cinta yang telah kami sama-sama lafaz sebelum ini. Biarlah saya sama-sama bersusah senang denga isteri dalam melayari bahtera rumah tangga kami sebagai  bukti cinta suci dan abadi kami yang akan membawa ke syurga.InsyaAllah.


3.    Adakah adil bagi saya untuk  berkahwin seorang lagi sedangkan isteri yang sakit itu perlu dijaga hati dan perasaanya, jika tidak sakitnya akan bertambah dan mungkin akan berlaku pendarahan kali kedua, dan mengikut pandangan doktor jika berlaku  pendarahan kedua isteri saya akan koma seperti yang pernah berlaku dan yang paling membimbangkan ianya berkemungkinan isteri tidak dapat dipulihkan lagi dan akan berkesudahan dengan kematian. Jika ini berlaku apa akan jadi  kepada anak-anak saya yang memerlukan kasih sayang dari ibunya untuk memberi rangsangan kepada mereka dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran dan ranjau ini.Oleh itu lebih baik saya mengambil keputusan untuk tidak kahwin lagi bagi menjaga keharmonian keluarga kami yang sedia terjalin sekarang ini.

4.    Saya juga pernah memberi andaian bahawa, jika apa yang dihadapi pada masa ini adalah ujian dari Allah, berkemungkinan jika saya berkahwin satu lagipun, jika Allah hendak menguji saya, ditakdir isteri kedua saya juga mengalami penyakit menyebabkan dia juga lumpuh atau sakit yang kronik yang memerlukan kepada penjagaan rapi. apakah saya dapat mengursunya dengan baik.

Oleh hal itulah saya telah membuat keputusan sendiri bahawa saya tidak akan kahwin lagi selagi isteri saya sekarang ini masih hidup dan dapat menjalinkan hubungan suami isteri dengan sempurna. Cuma fizikal sahaja memgalami kecacatan.

Lagipun  apa yang  saya dihadapi sekarang ini adalah ujian dan dugaan Allah terhadapat keimanan dan ketaqwaan saya. Alhamdulilah sehingga kita telah melebihi 14 tahun saya mampu mengurus kehidupan isteri dan keluarga dengan sempurna. Malah saya anggap satu kelebihan kerana Allah menganugrahkan kekuatan kepada saya utnuk menjalankan kerja-kerja rumah untuk keluarga. Semoga segala kerja  yang dilakukan dengan iklas akan menjadi satu ibadat dan akan diberi ganjaran pahala di akhirat kelak. InsyaAllah Bagi saya setelah mengalami kepayahan hidup lebih 14 tahun, kini ia telah menjadi satu tugas rutin harain. Malah saya sentiasa besyukur kepada Allah yang memberi kekuatan kepada diri ini untuk terus menghadapi segala dugaan dengan tabah dan sabar. Malah saya mengubah set minda saya  dengan mengatakan pada diri sendiri bahawa dugaan Allah yang diberikan kepada diri ini adalah satu peluang bagi saya untuk meningkatkan keimanan, ketaqwaan kepada Allah. Masalah yang dihadapi telah diubah sebagai satu peluang yang diberikan oleh Allah kepada saya untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat kelak. Insya Allah

0 comments:

Powered by Blogger.