Friday, May 9, 2014

SUAMI MITHALI: Tip 28 - Pamir keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga.



Tip 28 :  Pamer keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga. “Cakna Keluarga “

Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

Sikap sentiasa memberi keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga jika diamalkan oleh suami, sudah pasti akan mendapat sanjugan dari semua ahli keluarga. Bila mana si suami mempunyai sifat amat cakna kepada keluarga, akan menjadikan perhubungan di antara sumai dan isteri bertambah erat dan juga hubungan diantara ibu bapa dengan anak-anak, serta cucu-cucu akan juga erat. Bila situasi ini dapat dipahat dalam hati naluri setiap ahli keluarga, ianya akan mejadi pemakin kepada keluarga berkenaan untuk saling bantu membantu di antara satu sama lain.

Keperihatian yang tinggi si suami kepada isteri menjadikan isteri begitu menyanyangi suami, kerana suami punyai keperihatian yang tinggi, bila ada apa-apa masalah yang dikemukakkan oleh isteri atau ahli keluraga, ianya akan cepat-cepat mencari alternative untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Orang yang punyai sikap sebegini amat di sayangi oleh wanita, kerana memang menjadi sifat semula jadi wanita untuk mendapat perhatian dari lelaki, lebih-lebi lagi dari suaminya.
Keperihatinan yang tinggi juga akan menyebabkan anak-anak sentiasa memberi respect kepada bapa. Bila  bapa sebagai ketua  keluarga di beri respek oleh anak-cucu mereka dalam apa jua keadaan. ,maka akan memudahkan sibapa memainkan peranannya untuk melahirkan keluarga yang bahagia sebgaimana ditunjukkan oleh Rasullallah S.A.W.

Suami yang mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap keluarga, akan sentiasa mengigati keluarga di rumah, akan di fikirkan kebajikan keluarga. Jika dia berada di luar negeri, akan seringkali mengigati isteri yang berada di rumah. Walaupun berada outstation tanggung jawab untuk mengigati rutin harian di rumah tetap tidak dilupan, saya akan telefon isteri bertanya khabar tentang makan minum, ubatan dan kesihatan isteri yang sakit lumpuh, begitu juga tentang kebajikan dan makan minum kedua ibu dan ibu mertua yang telah tua. Bila sikap keperihatinan ini saya lakukan, anak-anak yang ditugaskan menjaga ibu dan nenek merekan akan pastikan semua tugasan rutin setiap hari dilakukan mengikut jadual yang sepatutnya.

Suami yang perihatin juga akan pastikan semua keluarga di bawah amanah tanggung jawab yang ditetapkan oleh syarak anak dilaksanakan sebaik mungkin. Umpamanya berkaitan nafkah, saya akan pastikan disediakan secukupnya pada setiap bulan. Untuk pastikan nafkah adalah menukupi saya terpaksa berkerja kuat setiap masa. Satu keadaan yang agak meruncing bagi saya apabila dikehendi bersara pada umur 55 tahun. Jumlah wang persaraan saya hanya RM1.3K sahaja sebulan, sedangkan perbelanjaan bulanan adalah dalam likungan RM3 – 4K sebulan. Untuk menampung kekurangan itu, saya terpaksa berkerja dengan syarikat swasta. Alhamdulilah dengan kesungguhan saya untuk memperolehi pendapat tambahan bagi menampung kukurangan wang pencen, Allah telah merustinya dengan memberi saya kerja, dan gajinya juga adalah mampu mencukupi segala kekurangan. 


0 comments:

Powered by Blogger.